Kaedah Mengajar Membaca

Membaca berdasarkan kaedah fonik? Apa itu fonik? Mungkin bagi ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika TNB masih belum tahu konsep mengajar membaca berdasarkan kaedah fonik ( fonetik ) berasa risau. Sila baca lagi...

Kaedah fonik , pada asasnya , adalah kaedah mengajar membaca berdasar bunyi. Anak anda akan diajar membaca dengan mereka diperkenalkan bunyi terlebih dahulu  seperti 'aa' 'beh' 'ceh' bagi huruf A,B,C bukannya nama huruf seperti  A, B , C  ( ei, bi, si )......

Kenapa kaedah fonik paling baik untuk anak anda?

Kajian oleh saintis di Yale University , USA telah membuktikan bahawa 'the brain reads by breaking words into sounds' Oleh itu, adalah logik dan senang untuk kanak-kanak membunyi bunyi huruf dan menggabungkan bunyi untuk membaca daripada menyebut nama huruf dan menghafal pola-pola sebutan ejaan berdasarkan suku kata. Berdasarkan kaedah ini, pendekatan tadika-tadika TNB di bawah ReadNetwork dalam mengajar membaca adalah sepertimana berikut:...klik untuk maklumat lanjut



a. Mengajar bunyi-bunyi yang dikaitkan dengan huruf-huruf abjad terlebih dahulu tanpa memberitahu nama huruf.
b. Mengajar kanak-kanak menggabung bunyi untuk membaca bukannya mengeja-ngeja ataupun menghafal suku kata.
c. Mengajar nama-nama huruf apabila kanak-kanak telah dapat membaca dan melatih mereka mengeja dengan menyebut nama huruf sebelum mereka masuk ke tahun 1.

Berdasarkan pengalaman lalu, hampir 90% ( di sesetengah tempat 100%) kanak-kanak akan dapat membaca sebelum ke tahun 1 dan ada kanak-kanak seawal 4 tahun yang dapat membaca walaupun tidak kenal nama-nama huruf. Jangan risau, apabila kanak-kanak ini dapat membaca, mereka juga akan dapat menulis bukan sahaja perkataan bahkan ayat-ayat pendek.  Lebih-lebih lagi, mulai tahun 2011, kanak-kanak Tahun 1 akan belajar membaca dalam bahasa Inggeris berdasarkan kaedah fonik. Berdasarkan kaedah yang sama, anak-anak anda di rangkaian tadika TNB di bawah ReadNetwork akan menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris dengan mudah menggunakan ReadEasy Reading Series kami yang telah terbukti berkesan.

Bagaimanapun, sekiranya ibu bapa masih belum pasti dengan kaedah fonik, silalah berhubung dengan kami melalui email tnbkids2011@yahoo.com.

Bacaan Lanjut:
www.readnetwork.com
www.cepatmembaca.blogspot.com
TNBKIDS di FaceBook

TNBKIDS kini di FaceBook. Check out who is the first member..
Januari
Selamat Datang kepada pelajar baru

Kini tahun baru 2011  telah menjelma. Mudah-mudahan pada tahun ini, kami dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan memberikan didikan dan jagaan yang lebih baik untuk anak-anak anda. Kami yakin dengan kerjasama yang erat di antara ibu bapa dengan guru-guru tadika, guru tabilas dan guru pengasuh, anak-anak kita akan mendapat manfaat yang paling baik.

Di tadika-taska TNB di bawah ReadNetwork, anak-anak anda akan dipupuk potensi mereka dalam aspek-aspek perkembangan fizikal, emosi, sosial, komunikasi, kerohanian, kendiri dan intelek dalam suasana kasih sayang dan cakna.

Di tadika khususnya anak-anak anda akan dilatih dengan ketrampilan khas seperti membaca dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, melakukan pergerakan asas solat dan berwuduk, membaca doa-doa dan surah pendek, menyempurnakan keperluan kendiri seperti membasuh tangan dan meningkatkan kecekapan yang telah diperolehi pada tahun sebelumnya.

Kami berharap juga anak-anak anda akan mempunyai keyakinan diri yang lebih baik, boleh berdikari dan mampu menguasai adab dan tingkahlaku yang lebih sopan dan berdisiplin.

Doakan kejayaan dan kebaikan untuk anak-anak kita di tadika dan taska TNB di seluruh Malaysia
Persembahan di majlis Pelitawanis

15 Januari 2011

Sempena Majlis Sukaneka Kanak-Kanak Yatim yang telah berlangsung di Padang Kelab Kilat TNB Jalan Bangsar, anak-anak Tadika TNB KL telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Pada majlis tersebut kanak-kanak TNB telah mempersembahkan Tarian 1 Malaysia yang memperagakan pakaian kebudayaan pelbagai kaum yang menarik.

Majlis yang dianjurkan oleh Unit Koporat TNB dengan Kerjasama Pelitawanis turut dihadir oleh Pengarah Urusan TNB , Dato Seri Che Khalib. Bagaimanapun, tetamu kehormat iaitu Datin Seri Rosmah , isteri YAB Perdana Menteri , tidak dapat hadir. Majlis tersebut dibuat bagi meraikan kanak-kanak yatim dengan mengadakan sukaneka untuk mereka dan dihiburkan dengan tarian 1Malaysia daripada kanak-kanak Tadika KL

Tahniah kepada kanak-kanak TNB KL dan guru-guru yang telah melatih mereka.





Sambutan Maulud di Tadika KL berwarna warni

13 Mac 2011

Sempena bulan sambutan Maulud Nabi 2011, kanak-kanak tadika KL telah mengambil peluang untuk mengadakan aktiviti perarakan maulud sebagaimana yang dijalankan setiap tahun.

Pada kali ini, sambutan dibuat di sekitar perumahan TNB di Jalan Bangsar melibatkan semua pelajar dan guru tadika, pengasuh dan lain-lain. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan, nasyid, selawat, ucapan dan pakaian beragam.





News 3 - Tadika KL
Sila ke Photo Gallery untuk lihat gambar-gambar persembahan mereka
News Archives 2011

Latest on Top
Sambutan Hari Bapa
Recycle.Recycle.Recycle
Kanak-kanak TNB di Majlis Pelitawanis
Sambutan Maulud di TNK KL
TNBKIDS di Facebook
Kaedah Mengajar Membaca
Selamat Datang Pelajar Baru

 
 
 
 
 
 
Back to the Top
Back to the Top
Back to the Top
Back to the Top
Back to the Top
Back to the Top

Mesra. Meriah. Menusuk jiwa. Begitulah suasana sambutan Hari Bapa peringkat tadika TNB yang diurus oleh ReadNetwork di beberapa tadika TNB. Majlis yang diserikan dengan kehadiran bapa-bapa telah dihangatkan dengan persembahan kanak-kanak, aktiviti bersama bapa seperti mewarna dan sesi penyerahan cenderamata 'i luv u dad' daripada kanak-kanak.
Hari Bapa disambut mesra 




Mesra. Meriah. Menusuk jiwa. Begitulah suasana sambutan Hari Bapa peringkat tadika TNB yang diurus oleh ReadNetwork di beberapa tadika TNB. Majlis yang diserikan dengan kehadiran bapa-bapa telah dihangatkan dengan persembahan kanak-kanak, aktiviti bersama bapa seperti mewarna dan sesi penyerahan cenderamata 'i luv u dad' daripada kanak-kanak.
Recycle. Recycle. Recycle



 
 





Back to the Top
Back to the Top