|
Terima kasih kepada TNB. Kini tadika taska
TNB di beberapa tempat telah dicat semula dengan warna yang lebih
menarik dan kemas. Usaha-usaha ini telah dibuat pada bulan Julai dan
Ogos lalu di tempat-tempat seperti Tadika Taska JOR Tapah, Tadika KLdan
Tadika Kuala Berang
Di JOR khususnya bukan sahaja cat baru
telah diberikan tetapi satu teduhan yang cantik telah dibina oleh pihak
pengurusan TNB JOR untuk memberikan kekemasan dan keselesaan kepada
kanak-kanak dan guru yang bertugas di sana.
Di Kuala Berang, lukisan baru yang lebih
relevan dilukis pada dinding tadika menjadinya ia nampak lebih menarik
Di Tadika KL, warna biru dan oren begitu
menceriakan. Harapannya lebih banyak tadika taska dapat diceriakan
dan ditingkatkan imejnya melalui cat baru . |