|
1. Yuran
a. yuran tahunan bagi bayaran program
khas, alat bantu mengajar, alat tulis dan buku yang digunakan (
seperti dalam makluman awal )
b. yuran bulanan yang perlu dibayar mengikut kadar yang ditetapkan dan
dibayar pada minggu pertama bulan tersebut
2. Kemasukan
a. Untuk program tadika kanak-kanak
tersebut mestilah boleh menyatakan kemahuan kendiri dan tidak perlu
memakai diaper lagi.
b. Pihak tadika berhak menolak permohonan yang mempunyai masalah
fizikal ( contohnya autism , down syndrome dsb) ketidakstabilan emosi
atau sahsiah atau masalah pembelajaran (ADD) atau kanak-kanak yang
tidak dapat menyesuaikan diri dalam tempoh 2 minggu sehingga
menyebabkan seorang guru perlu disediakan untuknya.
c. kanak-kanak yang tertunggak yuran sehingga dua bulan boleh
diberhentikan dengan memberi notis seminggu dengan kelulusan pihak
TNB.
3. Sesi tadika
a. Tadika : 7.30 hingga 12.30 tengahari
Sesi belajar ialah 8.30 hingga 12.00 thari .
Masa akhir ambil anak ialah 1.30 t.hari
4. Penggal persekolahan/Waktu bekerja
a. Penggal sekolah berdasarkan penggal
persekolahan kementerian pendidikan
b. Tadika ditutup pada hari Sabtu dan Ahad serta pada hari-hari
pelepasan am, khas dan perayaan atau apabila TNB bercuti
c. Hari Sabtu dan Ahad adalah cuti.
4. Taklimat ibu bapa dan Minggu suaikenal
a. Wajib bagi pelajar baru seminggu
sebelum sesi baru bermula
b. Ibu bapa pelajar baru wajib mengikuti taklimat khas
5. Laporan kemajuan
a. Laporan kemajuan akan dibuat
sekurang-kurangnya 3 kali setahun
b. Ibu bapa digalakkan supaya dapat berbincang dengan guru mengenai
perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa.
6. Keselamatan
a. Pagar premis tadika akan ditutup di
antara 9.30 pagi hingga 12.00 t.hari.
b. Pastikan ibu bapa menghantar anak sehingga ke pintu pagar tadika.
7. Kesihatan
a. Kanak-kanak yang terkena penyakit
berjangkit seperti demam campak, sakit mata, kudis gatal, hendaklah
supaya bercuti sehingga baik ataupun mendapat pengesahan bebas
penyakit daripada doktor.
b. anak yang demam biasa juga digalakkan supaya tinggal di rumah
sehingga sihat.
c. kanak-kanak yang memerlukan rawatan segera akan dihantar ke klinik
berdekatan dengan kosnya ditanggung oleh ibu bapa.
8. Menghantar dan mengambil
a. Ibu bapa hendaklah menghantar dan
mengambil anak pada masa yang sepatutnya.
b. Ibu bapa yang mengambil lewat boleh dikenakan caj overtime RM 3
setiap setengah jam yang perlu dibayar kepada guru bertugas atau akan
dibilkan pada yuran bulan berikutnya.
9. Pakaian
a. Semua pelajar diwajibkan memakai
pakaian seragam tadika yang boleh dibeli di tadika.
b. Barang kemas tidak digalakkan dan sebarang kehilangan tidak menjadi
tanggungjawab tadika
c. pastikan semua barang anak dilabelkan dengan jelas.
10. Makanan
a. sarapan dan makan pagi akan disediakan
mengikut menu.
b. makan tengahari disediakan untuk pelajar tabilas sahaja.
c. chewing gum, makanan ringan tidak dibenarkan. Jika dibawa , makanan
akan diambil oleh guru dan hanya diberikan semasa rehat atau pada
waktu pulang sahaja.
11. Permainan
a. Kanak-kanak tidak digalakkan membawa
barang mainan dari rumah.
b. Kehilangan dan kerosakan barang mainan tidak menjadi tanggungjawab
tadika
12. Komen dan Cadangan
a. Sebarang masalah pembelajaran
hendaklah disalurkan melalui Guru Besar
b. Sebarang masalah pengurusan dan pentadbiran hendaklah disalurkan
kepada guru besar / penyelia
c. Sebarang tidak puas hati boleh dilapor terus kepada pihak
pengurusan ReadNetwork
|
1. Yuran
a. bayaran asas tahunan RM 35
b. bayaran yuran bulanan Ditetapkan oleh TNB
c. yuran hendaklah dibayar pada minggu pertama setiap bulan.
2. Kemasukan
a. ibu bapa hendaklah (i) mengisi borang
pendaftaran nurseri (ii) melampirkan salinan fototstat surat beranak
(iii) salinan kad kerja
b. Pihak taska berhak menolak permohonan yang mempunyai masalah
fizikal ( contohnya autism , down syndrome dsb) ketidakstabilan emosi
atau sahsiah atau masalah pembelajaran (ADD) atau kanak-kanak yang
tidak dapat menyesuaikan diri dalam tempoh 2 minggu sehingga
menyebabkan seorang guru perlu disediakan untuknya.
c. kanak-kanak yang tertunggak yuran sehingga sebulan boleh
diberhentikan dengan memberi notis seminggu.
3. Sesi taska
a. 7.30 pagi hingga 5.45 petang pada hari
bekerja biasa
b. 7.30 pagi hingga 5.30 ptg pada hari Khamis.
c. Taska ditutup pada hari Sabtu dan Ahad serta pada hari-hari
pelepasan am, khas dan perayaan
3. Bayaran Lebih masa
a. Caj RM3 setiap 1/2 jam yang pertama
bermula pada jam 5.30 ptg atau 1.30 ptg akan dikenakan bagi yang ambil
anak lewat.
b. Caj RM3 akan dikenakan bagi 1/2 jam yang seterusnya.
c. Bayaran lebih masa hendaklah dibayar terus kepada pengasuh bertugas
atau menandatangan buku pengambilan yang akan dibilkan kemudian.
4. Keselamatan
a. Pagar premis taska akan ditutup di
antara 9.00 pagi hingga 4.00 ptg
b. Pastikan ibu bapa menghantar anak sehingga ke pintu pagar tadika.
5. Kesihatan
a. Kanak-kanak yang terkena penyakit
berjangkit seperti kudis buta, demam campak, penyakit
kuku/tangan/mulut, digalakkan supaya mengambil cuti sepanjang tempoh
tersebut dan mendapat pengesahan doktor sebelum kembali ke taska.
b. anak yang demam biasa juga digalakkan supaya tinggal di rumah
sehingga sihat.
c. kanak-kanak yang memerlukan rawatan segera akan dibawa berjumpa
doktor dengan tanggungan ibu bapa bagi sebarang caj rawatan.
6. Menghantar dan mengambil
a. Ibu bapa hendaklah menghantar dan
mengambil anak pada masa yang sepatutnya.
7. Pakaian
a. Tuala , pakaian salin ( 2 pasang ),
sikat, sabun (liquid), syampu (liquid), dan diapers hendaklah
disediakan oleh ibu bapa
b. Barang kemas tidak digalakkan dan sebarang kehilangan tidak menjadi
tanggungjawab taska
c. pastikan semua barang anak dilabelkan dengan jelas.
8. Makanan
a. Makanan akan disediakan untuk
(i) sarapan pagi (ii) makan tengahari dan
(iii) minum petang
b. Susu atau cereal anak hendaklah disediakan oleh ibu bapa bagi
kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 1 tahun
c. chewing gum, coklat dan makanan ringan tidak dibenarkan. Jika
dibawa akan disimpan oleh pengasuh dan akan diberikan semasa rehat
ataupun semasa pulang.
9. Permainan
a. Kanak-kanak tidak digalakkan membawa
barang mainan dari rumah.
b. Kehilangan dan kerosakan barang mainan tidak menjadi tanggungjawab
taska
10. Komen dan Cadangan
a. Sebarang masalah penjagaan hendaklah
disalurkan melalui Penyelia
b. Sebarang masalah pengurusan dan pentadbiran hendaklah disalurkan
kepada Penyelia
c. Sebarang tidak puas hati boleh dilapor terus kepada pihak
pengurusan ReadNetwork melalui talian berikut:
Hj Othman Ahamad 012-9832276, Pejabat di KB 09-7472276, Pejabat di
KL 03-61897384
|