Susulan maklumbalas yang ditimbulkan dalam perjumpaan dengan ibu bapa

Perjumpaan di TNBR melibatkan ibu bapa Taska UNITEN dan TNBR

(Tindakan yang diambil/akan diambil oleh pihak taska - dalam teks biru )

 

1. masalah susu berketul  

( Mungkin berpunca daripada cara penyediaan susu yang tidak betul - taklimat latihan akan diberikan kepada pengasuh bagi mengelakkan susu yang dibancuh tidak berketul )

2. pelajar disuruh mengurut pengasuh

( Tiada laporan atau dilihat dalam pemantauan penyelia - tetapi akan diperhatikan )

3. kanak-kanak kumpulan berlainan dalam bilik yang sama 

( Maklumbalas tidak ada kanak-kanak yang berlainan kumpulan ditempatkan dalam bilik yang sama )

4. guru cubit

( Siasatan telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil - harap dapat maklumbalas susulan daripada ibu bapa yang menyebutnya )

5. makanan nestum dan susu

6. maklumat tidak betul diberikan oleh pengasuh

( Sila dapatkan maklumat yang lebih lanjut melalui penyelia sekiranya terdapat percanggahan maklumat yang diberikan oleh pengasuh )

7. masalah anak hiperaktif  dan kanak-kanak menggigit

( meminta  pengasuh supaya  proaktif dan tidak lepas pandang kanak-kanak yang hyper terutamanya yang bersifat destructive seperti menggigit dan memukul kanak-kanak lain )

8. guru tarik telinga

( Dalam pemerhatian tetapi pengasuh yang dikenalpasti telah diberhentikan )

9. kurang prihatin kpd kanak-kanak berhingus dan selsema 

( Meminta pengasuh menyediakan tisu lembut sepanjang masa)

10. cirit birit

( Kanak-kanak yang didapati cirit pada waktu sampai dan cirit setiap kali atau 3-4 dalam tempoh 2 jam dianggap menghadapi cirit birit dan digalakkan ibu bapa mengambilnya pulang supaya tidak mudah berjangkit )

11. cadangan beli CD yang sesuai

( Akan diusahakan )

12. beri catatan bayi kpd ibu bapa

( Akan diberikan kepada ibu bapa yang memerlukan atau kanak-kanak mengalami masalah semasa di taska sahaja)

13. bermain pada waktu petang

( Tidak digalakkan kerana bahagian luar taska banyak nyamuk, tetapi anak-anak akan bermain dalam ruang tamu taska  )

14. kain baju bertukar

( Satu kaedah yang lebih tersusun akan diusahakan supaya pakaian kanak-kanak tidak tertukar )